August 10, 2010

Salam Ramadhan Al Mubarak





Assalamualaikum semua....
Di Pagi yang penuh mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat  Berpuasa.
Marilah kita sama-sama menadahkan tangan  sambil mengucapkan 
'Syukur,Alhamdulilah!' kerana tahun
ini kita dapat merasa sekali lagi kenikmatan puasa itu.


Kepada Kaum ibu, 
Selamat bersengkang mata untuk menyediakan sahur dan Selamat Berfikir untuk mencari resepi apa yang patut dimasak untuk berbuka nanti.Semoga banyak pahala yang diperolehi,dapat ke solat terawih dan menjaga mata,mulut,telinga dan hati kita pada masa ini.


Kepada kaum bapa,
Bangunlah sekali-sekala untuk membantu isteri menyediakan sahur..ahahhaha..jangan asyik tidur dan bangun selepas semuanya terhidang!Tapi kalau penat disebabkan pergi masjid untuk berterawih takpe,ni kalau alasan penat sebab bekerja di siang hari, tenung-tenungla isteri yang pergi kerja seperti anda dan menyiapkan segala-galanya untuk anda pula.


Jangan lupa juga untuk bersedekah ya...

Buat diriku ini,

Ya Allah Ya Tuhanku,
Semoga Aku dapat menunaikan puasa penuh tahun ini,
Berilah aku kesihatan yang baik dan permudahkan segala urusanku,
Semoga Puasa tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas..AMIN!







No comments: