September 28, 2010

What is CD?

CD ...??

Yeah.....Since we're planing to " tambah rakyat " this year, I've been starting searching, reading and asking about CD ( Cloth Diapers ).....Not to forget , I've done the calculation..For starting, we have to spend about RM1000++  for it. To those who never heard about CD, actually CD = Kain Lampin yang mama kita guna masa kici-kici dulu..hihihi...siap guna pin tau..Tetapi, disebabkan perubahan zaman yang serba canggih ini, Kain Lampin telah diupdatekan alah-alah pampers, jadi harga untuk memulakannya agak  pricey...Mungkin bagi mumy-mumy di luar sana yang tiada anak, anak baru satu orang atau anak tidak memakai pampers boleh kata " DO I CARE ?"....Or maybe to those can afford there should be no problem,rite? Tapi, bagi I (kikiki..ngada..ber I pulak) even though my husband can afford it,I still want to help him with other ways...
Banyak jugala persediaan kali ini, i mean dari segi barang-barang baby tu, I try my best not to depends 100 % on my Mr.Dota. Apa lagi bab yang remeh-temeh..But,at last  my proposal goes to him juga..kakakkakakak....ar....melalut pula aku ni tau..sory peps...

Sekarang ni,saya baru ada beberapa koleksi CD...Insyaallah,by time my CD banyaklah koleksi ...hehehhehe...
Kepada mereka yang berminat silala terus baca yer..Yang tak berminat, tak payah baca...

Bagaimanakah cara untuk membolehkan Cloth Diapers tahan lebih lama?


Belilah Cloth Diapers yang berkualiti atau yang diketahui umum sebagai jenama yang tahan lama (tanyakan lah pendapat ibu-ibu lain yang ber-Cloth Diaper untuk mendapatkan tips).


Pastikan stok Cloth Diaper mencukupi, dan lebih bagus jika mempunyai Cloth Diapers dalam jumlah yang banyak. Ini kerana apabila Cloth Diapers yang sama dipakai dan dibasuh berulang kali, ia akan menyebabkan ianya cepat lusuh dari “wear and tear”. Diibaratkan seperti pakaian kita lah, kalau ada 5 helai sahaja dan kita pakai dan cuci hari-hari, mesti tak sampai berapa bulan sudah lusuh atau mungkin koyak,kan?


Bestnya!!!!Banyak koleksi CD...Macammana Mr.Dota, bolehkah?



Pilih Cloth Diapers jenis “Snaps” atau butang berbanding Velcro untuk mengelakkan Velcro nya cepat “haus”. Secara umum, Cloth Diapers snaps akan kelihatan “baru” lebih lama berbanding Velcro.


Jaga Cloth Diapers dengan teliti. Pastikan cara pembasuhan dan penggunaan harian mengikut kaedah yang disarankan jenama Cloth Diapers tersebut. Kaedah penjagaan mungkin berbeza bergantung kepada material yang digunakan.


Gunakan cecair/serbuk pencuci yang sesuai untuk Cloth Diapers! Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.


Jika anda ingin menggunakan Cloth Diapers untuk anak-anak yang seterusnya, belilah Cloth Diapers yang bersaiz (sized diapers) berbanding “One-Size”. Ini kerana Cloth Diapers bersaiz kurang kerap digunakan dan kualitinya akan tahan lebih lama jika disimpan. Bayangkan, Cloth Diapers “One-size” dipakaikan semenjak bayi baru lahir sehingga 2 tahun, betul kah ia boleh digunakan dengan sempurna untuk adiknya pula?


Sesekali, lakukan “strip washing” untuk menghilangkan bau-bauan dan juga kulat (mold/fungi) yang mungkin tumbuh di Cloth Diapers. Keadaan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers rosak.


Keringkan Cloth Diapers dengan menyidai di bawah cahaya matahari (gantung/sidaikan dengan cermat) berbanding menggunakan opsyen “Spin Drying” dalam mesin basuh atau menggunakan mesin Dryer.


Huh...contoh orang yang ada halaman...

Untuk All-In-Two (AI2) diapers dan juga diaper covers, bahagian luarnya (diaper cover) tidak perlu dibasuh dengan kerap, dan elok dibasuh tangan kerana ianya tidak begitu kotor. Ini boleh mengekalkan kualiti lapisan PUL pada diaper cover tersebut.


Beli Cloth Diapers yang diperbuat dari material sintetik seperti microfiber kerana ianya lebih tahan lasak berbanding material semula jadi/organik seperti bamboo dan kapas (cotton).


Gunakan “laundry bag/net” jika membasuh menggunakan mesin basuh dan menggunakan opsyen “Spin Dry”.


INGAT!!!




  1. Jangan perah Cloth Diapers terlalu kuat untuk mengelakkan getah (elastic) cepat lusuh.
  2. Jangan gunakan sebarang berus yang kasar untuk menggosok/menyental Cloth Diapers.
  3. Jangan gunakan pencuci yang ada peluntur, enzim, fosfat, pengawet atau pelembut/pewangi di dalamnya. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan Cloth Diapers bocor dan mudah rosak.
  4. Jangan basuh Cloth Diapers dengan air yang terlalu panas kerana ini boleh merosakkan PUL (waterproof layer). Jika perlu, gunakan air suam sahaja.
  5. Jangan gunakan krim lampin (diaper/nappy cream) bersama Cloth Diapers kerana ia mungkin menyebabkan kebocoran (gunakan lah krim yang sesuai untuk Cloth Diapers atau pun lapik Cloth Diapers dengan nappy liner jika menggunakan krim tersebut).

Alalala....banyak o kan???

To, Mr.Dota....
" Jangan hangat-hangat taik ayam!"...I remember your words...I will prove it to you..Chayoooo!!
Nanti kita sharing lagi pulak pasal cara pemakaian ...ar...buli jadi promoterla!!!akakkaka..:)

No comments: