December 15, 2011

Pening Kepala dibuatnya

***ARRRRGGGGHHHHH***
Sejak kabar angin mengatakan skim lama akan ditukarkan dengan yang baru,alahai.....
pening kepala aku oleh cik kak,cik abang,ala-ala kppa pun ada...
Setiap hari aku dengar spekulasi ...:)
Bila pekeliling SBPA keluar semua orang bercerita itu dan ini...
Kadang-kadang aku mencelah juga untuk menambahkan perasa tapi at last aku buat bodo,bole?
Kesian pula aku tgk muka Tan Sri semalam dalam Dialog di Tv1...Pelbagai persoalaan dan propaganda...
Biasalah semua kata ini tidak adil, itu tidak adil, tukang carut,  tukang kipas pun semua ada....
Memanglah kenaikan gaji tu sangat penting disebabkan keadaan desakan kos hidup yang sangat tinggi tapi kau agak-agaklah dengan pangkat yang kau pegang sekarang!!Takkanlah buat kerja ala kadar and you claim you are "Good" and you deserve for high pay!Bila suruh kerja lebih dan tukar seksyen pun kecoh sekampung, macam ada tsunami melanda....Malaslah aku nak jadi macik gomen yang suka membebel ni...
Bak kata Mr.Dota.. " Apesal you suka membebel seorang? ".....



December 7, 2011


*Wednesday Wordless*
Setiap hari Rabu mesti orang akan post *WW*. Cuma gambar yang dipost,tapi ada juga yang berperenggan, soryla yer siapa yang post *WW* aku akan tengok tp kalau dah berperenggan aku memang malas nak baca.
Aku rasa bila masuk bulan disember ni, penyakit "M" telah melanda,**hukhukhuk**....

Flash back all the memories and good old days...
X'mas eve was the most happiest day. I can't recall each of it but still left.
Dad was the ' king of the day ' , he will let us try,try,try and try....you will definitely heard;

" Cantik sudah pun tu "...
" Mana satu kau suka?"...
" bulum lagi? "....
" x payahlah beli yang tu,tidak cantik pun sia tinguk "........
ahahahaha....i miss you dady,;)....

By the way, I 'm counting days beb!! i will fly back to my  hometown...
Can't wait even it's a short trip,please don't ask me why,ahahahahah...


November 29, 2011

Be True, Be Cool....

Assalamualaikum bloggers....
How are you?
Sebelum tu saya ingin ucapkan Salam Maal Hijrah kepada anda semua..
Dulu masa kecil-kecil kalau maal hijrah ni hari bercuti...
Sampai lah saya convert baru saya faham apa maksud Maal Hijrah...
Tapi yang hairan sambutan maal hijrah tidaklah sehebat sambutan NEW YEAR,kan?
Orang selalu sibuk list down azam dan misi untuk NEW YEAR tapi kalau Maal Hijrah?
Aku sendiri pun tak berapa pandang tu semua...mungkin sudah terbiasa atau kekhilafan diri sendiri kerana tidak mengambil berat tentang ini..Lumrah manusia!!!

November 13, 2011

Setahun...




Happy Birthday to adik...Mardhiah Humaira..

Dady,mumy and kakak love you ...

November 9, 2011

After 2 months..

Rasa macam sekejap masa berlalu...kelas bahasa mandarin pun sudah tamat..
Sekarang ni tengah tunggu 'result'...ahahaha...bukan untuk tujuan duduk & rehat ye puan-puan dan tuan-tuan,ahaks..:)..Dua bulan tu macam-macam kami lalui...berlakon,buat presentation dan temu bual semuanya dalam mandarin...mau terlelap sekejap pun susah almaklumlah kalau terlepas satu kelas,blank lah fikiran gamaknya!!!Sedih sebenarnya sebab kena berpisah dengan kawan baru...

Buguo, xiexie fala xiaojie...wo hen gaoxing renshi ni..liang ge yue women yiqi qu shangke,fanting,sushe,cesuo(boleh??), he guangguang...bu gou!!!


September 22, 2011

Kursus Mandarin

Hello Blogger!!!!How are you?
Ni hao ma?Ahahaha....Ni mang ma? Aiseyman,mengada-gada pula aku ni!!!
Ok abang-abang dan kakak -kakak , FYI saya tengah berkursus!!!Mandarin yer...
Really,really love it..love the laoshi!!!They are really showing their fully determination and patience in classes!
Patutlah orang cina ni hebat belaka!Fuh!!I love the spirit and again I love the way they teach us!
Jangan fikir pergi kelas ni duduk dan tidur yer...tidak pernah lagi saya ni terlelap cuma 'menguap' cikit adalah,hihihi.......belajar,ulangkaji,test,..inilah yang kami buat tiap-tiap minggu!!!oopppsss...cerita raya ai akan dipost tidak lama lagi..tapi malas mau taip,tengok gambar jelah....till then,babai!!!

September 7, 2011

Kisah BUdak Jual kuih

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

 Credit to My Baby Store

August 26, 2011

Dr.Mohd Asri


MENANGISI MURTAD DAN ZAKAT
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin 


Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa ‘amat sederhana’. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja. 

Sedih 

Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik. Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya. Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit. 

Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya. Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan ‘mesra dan sayang’. Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya. 

Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya? Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat. Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu. 

Tangkap 

Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja. Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi. 

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. 

Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini. Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad. 
Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut ‘semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya’. 

Semasa saya menziarahinya –tanpa notis awal- dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih. Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan. Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai Ph.D dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam. 

Salah Siapa? 

Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’. Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata. 

Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini. 

Zakat 

Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja? 

Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat. 

Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya): 

“(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273) 

Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Kata Saidina ‘Umar r.a.: 

“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah). 

Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!

Selamat Hari Raya


Hi semua...
Nampaknya kemalasan tahap 'dewa'  melanda diri ini untuk berblog.
Tuan badan tidak meyalahkan puasa yer,salahkan diri sendiri kerana sangat sangat malas menaip,lagipun memang tiada idea,hahaha...


Oleh kerana hari ini adalah hari terakhir aku akan menghadap monitor ini sebelum bercuti lama,
saya menyusun sepuluh jari untuk memohon ampun dari anda semua...Tidak kira samada dengan sengaja atau tersengaja yer. Ampun maaf dipinta!!


Selamat Hari RAya AidilFitri untuk tahun 1432H!!!

July 31, 2011

Esok nak puasa

Pejam celik, pejam celik....Alhamdulilah dan Insyaallah esok kita puasa...
Rasa macam baru lagi kita puasakan?nampaknya memang masa berlalu dengan pantas...
Untuk kaum hawa, puasa ganti dah berbayar ke?ha....jangan buat buat garu kepala yer,hehehe...:)
 selamat menjalankan ibadah puasa kepada anda semua....
Harapanku:

1. Dapat puasa penuh ( klu x CUTI REHAT )
2. Dapat pergi terawih lagi , tapi solat wajib pun kena buat elok-elok..
3. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan aku terutama sekali bab mengaji...
4. Jangan shopping terlebih tahun ni,takut aku
5. Dapat mengagahkan diri untuk masak sahur dan berbuka puasa


July 27, 2011

Wednesday Wordless



** SAYA MAU HARI NI JUGA!!!!!!!!!!!**

July 20, 2011

20.07.2011

To Mr.Dota
Happy Anniversary dear...
Thank you for always being there for me ( bad or happy day for us )
I know you are doing your best to make us happy...
I've Blessed to have you and the princess..
I love you from the bottom of my heart...



Cuti Yang Panjang...Part 3

Fuhhhh...punyala lama baru boleh sambung semula cerita ni,hehehe..
Malu saya tau mau sambung cerita,hahaha...
Oleh kerana ini adalah posting yang paling lama pending untuk diposting,jadi biar saya letak gambar jala,hehehe..:)
From KK via KIMANIS

Ulu Kalang,Tenom


Birthday boy and girl

Us



 * dinner di Gayang Restaurant*


parents...
*gambar bersama cikgu sekolah rendah, look at me..gumuk!!*

July 19, 2011

OrphanCare Baby Hatch

Good morning people!!!!How are you??
Did anyone of you read about ' Baby Hatch ' this morning??*better search it now*


Firstly, Congratulations to Allahyarham Dato' Adnan Mohd Tahir toward his OrphanCARE’s objectives which are to give every abandoned baby and orphan a loving home.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman,AMIN!
You may search it here,


Frankly speaking, masa mula-mula projek OrphanCare ini hendak ditubuhkan I was like(***)
Bertambah lagi lah gejala maksiat dan orang senang senang nak mengandung dan beranak, kemudian letak ja 'newborn ' tu dalam baby hatch,just as simple like that!!!

Alhamdulilah,theres somebody else who are really really sincere,patience and determination about the generation!I don't know how or when I become ' beyond my expectation!!
*Optimism*("hopefulness and confidence about the future or successful outcome of something; a tendency to take a favourable or hopeful view.)
Much more better and pleasure to think about the solution, bukan menuding jari menyalahkan pihak ibubapa, keluarga dan seangkatan dengannya. Memang pihak ' yang bersalah itu bersalah ' tetapi bayi yang baru lahir itu tidak bersalah yer.Sekurang-kurangnya dapat kita menyelamatkan nyawa orang lain.
Well said and thinking from you guys! Mudah mudahan kita sentiasa di jauhkan dari sebarang kemudaratan dan diampuni oleh ALLAH SWT di dunia dan di akhirat,AMIN! 

July 11, 2011

Natural Depression Treatments
15 ways to help treat depression naturally.
By R. Morgan Griffin
Reviewed by Louise Chang, MD
While therapy and medication are key in controlling depression, there’s also a lot you can do on your own to fight back. Making changes to your own behavior — your physical activity, diet, and lifestyle — can be effective natural depression treatments.
“Lifestyle changes are a very important part of treatment,” says Ian A. Cook, MD, director of the Depression Research Program at the University of California Los Angeles.
On their own, Cook says, natural depression treatments can beat back milder forms of disease. For more severe depression, they can complement other approaches. When medication and therapy aren’t enough, treating depression naturally through lifestyle can help push people toward full recovery.
“Fighting depression is a war that’s waged day to day, not just over weeks and months while you wait for other treatments to take effect,” says Dean F. MacKinnon, MD, associate professor of psychiatry at the Johns Hopkins Hospital in Baltimore.
So as bleak as things might seem, there are things that you can do, right now, that will help you feel better. Here’s what you need to know about natural depression treatments.
Get in a Routine to Treat Depression Naturally
If you’re depressed, or have been depressed, you need a routine. Depression can strip away the structure from your life, letting one day bleed into the next. That absence of order can also make your depression worse.
“It’s extremely stressful to wake up in the morning and have no idea what you’re going to do with the day,” says MacKinnon.
Cook agrees. “Having a routine gives you a sense of control over the day,” says Cook. “We know that helps, and we know that not having a sense of control makes people feel worse.”
What should you build into your schedule to help fight depression naturally?
1. Exercise. Study after study has found that physical activity can boost mood, says Cook. How much? You don’t need to run marathons to get a benefit. “It seems like half an hour several times a week may be enough,” Cook says. “More than that may not have a further effect on mood. There seems to be a plateau.”
The type of exercise you use as a natural depression treatment doesn’t seem to matter. “Your cardiologist might want you getting a lot of aerobic exercise for your heart,” says MacKinnon. “But for your mental health, just getting out and walking can be enough.”
P/s: Frankly speaking,i need exercise much more than i realize, :)....
2. Diet. There is no depression diet, but there are great benefits to healthy eating. “I don’t think there’s any particular dietary regimen you need to follow,” says MacKinnon. “A basic healthy eating plan should do.”
Nutrition is an important element in your effort to help treat your depression, MacKinnon says. “Healing from depression is a physiological process, just like healing from a physical injury,” he tells WebMD. He says that without good nutrition, medications for depression can’t work as effectively.
There are some other things to keep in mind. Ask your doctor if your medication might cause weight gain. If so, you may want to take special care with your diet. If your depression is associated with an eating disorder — like anorexia or binge eating — you need to be working with an expert.
P/s: I love to eat an ice cream...
3. Sleep. While sleep problems are a symptom of depression, they can also make it worse. Some people with depression sleep excessively. Many more depressed people suffer from insomnia. Either way, you need to do something.
Lying in bed and willing yourself to sleep won’t work. But one natural depression treatment is to make your life more conducive to getting a good sleep. Go to bed and get up at the same time every day. Try not to nap. Take all the distractions out of your bedroom — no computer and no TV.
P/s: BF mums selalunya akan tidur lebih cepat,hahaha....:)
4. Goals. To help yourself during treatment for depression, it’s important to meet goals that you set for yourself. The trick here is to come up with realistic goals — ones that you can really accomplish in a day. Drafting a 20-page to do list is not going to help. If you’re having trouble setting goals, Cook recommends working with a therapist, family member, or friend. Someone who can help you prioritize what’s most important and break larger tasks into smaller, more manageable ones.
5. Responsibilities. When you’re depressed, a natural inclination is to pull back — to give up all your responsibilities at home and at work. It’s a feeling you should fight against. Staying active and having daily responsibilities can work as a natural depression treatment. They help ground you and give you a sense of accomplishment.
Obviously, don’t push yourself too far. If you’re not ready to go back to work or school, that’s fine. Think about part-time. If that seems like too much, consider a little volunteer work.
“If you’re volunteering to help clean up a playground, you’re still doing something,” says MacKinnon. “You’re getting out of the house, and at the end of the day you know that you accomplished something.”
6. Relaxation. Don’t assume that fun or relaxing things will happen naturally. They only way to make them happen is to plan them.
P/s : will it be a massage?
Cognitive Ways to Cope With Depression Naturally
In your fight against depression, a lot of the work is mental — changing how you think.
“When you’re depressed, you become trained to see the world and yourself in a negative way,” says MacKinnon. These patterns of thought can have a lasting impact. They can linger on months or years after you’ve resolved the biological cause of the depression, MacKinnon says.
Automatic negative thoughts are particular sources of trouble. These thoughts occur spontaneously when you encounter a situation and affect how you feel. They can link to one another in a chain, dragging you downward.
An example: Your boss asks you to rewrite the opening of a proposal you worked on. Rather than just doing it, you dwell on it. In your mind, this incident becomes symptomatic of deeper problems. You’re incompetent. You’re going to be fired. You’ll be penniless. You’ll lose your house. Your family will hate you. You’re a complete screw-up. You don’t deserve to live. In seconds, your good mood disappears and you’re plunged into misery.
How can you battle automatic negative thinking?
7. Reflect. At first, it’s very hard to catch yourself engaging in automatic thinking, says Cook. By definition, you’re not completely aware that it’s happening. Instead, Cook says it’s often easier to look back on a bad day and figure out what happened in hindsight. How did you get from feeling pretty good in the morning to feeling horrible by noon? What events — and what thoughts — led you to such a depressive state of mind?
By reconstructing what happened, you learn how your mind works and what automatic thinking you’re prone to. Then you can do something about it. “In time, you get a lot better at recognizing automatic thoughts in the moment,” says Cook, “so you can stop them before they get out of control.”
8. Take a break. When you find yourself engaging in automatic thinking, clear your head. Cook recommends breathing exercises or simply getting up and walking around. “Taking a break from whatever you’re doing physically can create a break in the mental process,” he tells WebMD.
P/s: Shopping,shopping,blh?
9. Use logic. The next time some problem is making you feel terrible about yourself, try to use logic as a natural depression treatment. Depression can make you think bad things about yourself that are grotesquely exaggerated. “Try to impose some reason,” says Cook. “Inject some reality.” Is it really true that no one likes you? Is there real evidence for that? Sure, you might feel like the most stupid and hateful person on the planet, but really, what are the odds?
Other Natural Depression Treatments

In addition to getting in a routine and making cognitive changes, there are other natural depression treatments you should consider. Here’s a rundown.

10. Reach out to friends and family. To get through a depression, you need the support of trusted family and friends. Talking about what you’re going through can be a good natural depression treatment. Try to develop a network of supports. That way, you’re not putting too much pressure on a single person.
A friend shouldn’t only be a shoulder to cry on. Sometimes, you might want to set aside your feelings for a few hours. “Taking a break from thinking about your depression can be helpful,” says Cook. “You can just try to enjoy being with that other person.”
MacKinnon agrees. “If you were recovering from pneumonia, you wouldn’t feel obligated to regale everyone with details about what you were coughing up,” says MacKinnon. “It’s OK not to talk to everybody about what you’ve been through with your depression.”
P/s: Vacation,family getaway...
11. Get support. In addition to relying on your friends and family, joining a support group can also be a good natural depression treatment. There, you’ll meet people who really understand what you’ve been through – perhaps in a way that your family and friends can’t.
P/s: Doesn't mean your spouse,family member or friends is going mad,he/she need you!
12. Check with your doctor before using supplements. While lots of supplements have been promoted as depression cures, the research has been mixed. Always check with your doctor before starting any supplement, especially if you’re already on other medications.
13. Watch out for substance abuse. Lots of people deal with depression by relying on alcohol and other substances. Don’t. After a few hours, these substances only leave you feeling worse. If you think you have a substance abuse problem, don’t wait until your depression is resolved to deal with it. Get help now.
P/s: Medication and alcohol is not really helping you !!!
14. Do something new. When you’re depressed, you’re in a rut. A typical day might be spent cycling between the bed, the television, and the computer. Cook recommends that people push themselves to do something different and new as a natural depression treatment. Go to a museum. Pick up a used book and read it on a park bench. Volunteer at a soup kitchen. Take a language class.
P/s: Bestnya!!!Quality time for myself!!
15. Don’t ignore serious signs of depression. While using natural depression treatments on your own can help a lot, they have limits. “People are amazingly resourceful when it comes to helping themselves,” says Cook. “But when they become so depressed that they can no longer function, or they’re feeling like the world would be better without them, they need to get professional help.”
Don’t Forget: Make Time for Things You Enjoy
Experts agree: If you’re depressed, you have to make time for things you enjoy. You have to relax. You have to do things that are fun.
This may be advice you’ve heard before. And there’s a problem with this natural depression treatment. When you’re depressed, or recovering from depression, having fun can seem impossible. Things that used to be fun don’t feel fun anymore. So why bother?
It’s a common problem, experts say. “One of the insidious aspects of depression is that it trains you to become hopeless about finding anything in life pleasurable,” says MacKinnon.
But this is just another unhealthy thought pattern that depression instills in us. The key is to unlearn it. While we assume that having fun is supposed to be effortless, it isn’t. You’ve gotten out of practice.
So as perverse as it might sound, you may have to work at having fun. Schedule things you used to enjoy. Even if it feels like a chore, keep going out with friends. Keep going to the movies and keep playing tennis.(seriously,i miss this)
“Sometimes, you really have to take a leap of faith and force yourself to do these things,” says MacKinnon. The act of doing them is itself a form of rehab, he says. You’re retraining yourself. In time, fun things really will feel fun again.
P/s : Pada pendapat saya,ada satu lagi cara untuk kita cuba mengawal dan mengubati kemurungan itu,
        Pada yang Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi....
To all my family members and friends out there, depression will haunting you If we could not control it. Don't simply judge somebody is mad or whatever because you never been 'there'. I think this is one of the reason why there are so many 'madness things ' happened nowadays,right?You asked for sacrifice from somebody else but you are not willing to do the 'hardest thing' for them..

July 6, 2011

Wednesday Wordless

I was thinking why does everybody posted ' Wordless Wednesday? '.....
Defined it Mr.Google ,hehehe....
Hmm.....I'm speechless with the news, stories and much more...
Just click Miera or Kembar Rentung
Tell the whole world that they need us or maybe you can help them!
Sesungguhnya ' ALLAH itu MAHA MENGETAHUI '......

June 27, 2011

Girls VS Matured Woman

Girls leave their schedule wide-open and wait for a guy to call and make plans.

Matured women make their own plans and nicely tell the guy to get in where he fits.
Girls want to control the man in their life.

Matured women know that if he’s truly hers, he doesn't need controlling.
Girls check you for not calling them.

Matured women are too busy to realize you hadn't.
Girls are afraid to be alone.

Matured women revel in it-using it as a time for personal growth.
Girls ignore the good guys.

Matured women ignore the bad guys.
Girls make you come home.

Matured women make you want to come home.
Girls worry about not being pretty and/or good enough for their man.

Matured women know that they are pretty and/or good enough for any man.
Girls try to monopolize all their man’s time ( I.e., don’t want him hanging with his friends).

Matured women realize that a lil’ bit of space makes the ‘together time’ even more special-and goes to kick it with her own friends!
Girls think a guy crying is weak.

Matured women offer their shoulder and a tissue.
Girls want to be spoiled and ‘tell’ their man so.

Matured women ’show’ him and make him comfortable enough to reciprocate without fear of losing his ‘manhood’.
Girls get hurt by one man and make all men pay for it.

Matured women know that, that was just one man.
Girls fall in love and chase aimlessly after the object of their affection, ignoring all ’signs’.

Matured women know that sometimes the one you love, don’t always love you back
-and move on, without bitterness.
Girls will read this and get an attitude.

Matured women will read this and pass it on to other Matured women and their male friends.


P/s: hm...i 'm on my way to be a matured women,huahuahua