April 21, 2011

Imaginary friend

Kejadian ni berlaku dalam bulan lepas kalau tak silap aku....
Sebelum ni memang aku dah perasan tapi aku tak ambil peduli sangat sampailah malam tu Aira menangis tak berhenti. Binggung aku dibuatnya...Yalah,bila budak kecil menangis tanpa sebab yang tidak dapat dipastikan aku mula cuak dan tak tahu nak buat apa....Aku sapu minyakla,bagi nenenla, bawa jalanla dan macam-macamla sampai satu tahap aku tengok je dia nangis....
Sambil aku tengok aira,aku pun ternampakla emi debek tu bercakap...
  
Me : Emi,awak buat apa tu?
Emi : Emi cakap dengan kawan emila mumy....
Me : Kawan Emi?Siapa kawan emi?
Emi: TUUU.......(sambil tunjuk di cermin...Dalam fikiran aku " WTH"???) 
        Terus aku tengok laki aku...
Me: Suruh kawan Emi balik...Adik Aira nak tidur,Cakap dengan dia mumy tak suka dia kawan dengan emi
Emi: Ok,mumy!!..(terus keluar dari bilik)


Tak sampai 5 minit,aira senyap terus tidur.....( what do you think people )
hahahaha.....


Ok, selepas kejadian itu berlaku kira OKla aira tu menangis...cuma kalau 
'mengada-gada' datang ,aku rasa penat,penat,penat sangat sebab dia nak ' bergantung ' , dan  sangat 'mengenali' aku......
Memang boleh sabar tapi ada masa tu aku bagi terus laki aku,pastu 10 minit kemudian baru aku angkat dia semula...Sekarang ni mau mandi atau berak pun aku kena guna gear 5!!!!See???Aku nak masak pun susah tau...Kesian aku tengok laki aku kena buat air sendiri , sorry sweetheart..:)...Emi pun asyik nenen jer,makan tak berapa sangat..setin susu untuk seminggu...garu kepalala En.Dota yer.....Nasib baik aira susu cap gantung!
Yang aku perasan emi akan bersemangat makan kalau makan di rumah...hm...Time management,time management...I love to cook but theres always but for me...aku rasa macam nak termuntah makan makanan luar...Weekend baru aku ada masa nak masak,huhuhu....
Tapi, dalam kesibukan itewwww...ada juga masa aku pergi berdating dengan Mr.Dota..ahaks....tidak payah lama-lama pun ,just 2 or 3 hours together-gether  pun cukup...curi - curi masa cikit ( I like..:)..

April 18, 2011

Coming Soon!


Date Of Release : 19.05.2011
(...hahaha...I will go for midnight movie...:P,what do you think Mr.Dota?..)
P/s : Atau mau tengok masa kita di KK?ya...1 BORNEO!!!..Mumy will take care the girls,xoxoxoxo...



Date Of Release : 30.06.2011




Date of Release : 14.07.2011

April 13, 2011

I want, I want, I want and I wish....

OMG!!!! There are really really beautiful and perfect!!!Don't you think?
I really really heart , admire and love the design....
I should make it as one of my wish (xoxoxoxo...:P),
Don't you think Mr.Dota?
White Gold with Pink Cubic
Moissanite ring

Cartier -Trinity ring

hahahaha.....mata oh mata...sangat sangat 'merambangkan' mataku...gila bling blingla wei!!!


April 12, 2011

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita


Lelaki disyaratkan melindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:
"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)
Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga. Rasulullah memberi ingatan dengan sabda bermaksud:
"Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain." (Hadis riwayat Ahmad).
Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).
Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.
Amalan melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan bersama-sama. Suami yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor. Bagaimanapun, ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si isteri pula membersihkannya.
Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Sikap baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri. Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya. Orang gaji dan sesiapa yang tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya. Sikap baik Rasulullah terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:
"Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya."
Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud)
Islam menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam al-quran:
"Gauli mereka dengan adab yang baik." (An-Nisa': ayat 19)
Ini merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumahtangga, menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap isteri adalah sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami. Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi. Perkataan buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul perasaan takut untuk berdamping dengan suami. Sesiapa yang suka mengamalkan sikap bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar akan terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun baginda tidak pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi, sekadar amaran agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain yang tidak diundang, seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah tabiat buruknya.
Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri,ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang handal di medan jihad.
Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah mengkehendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa'ie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. Meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim:
"Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya."
Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri dan berbudi pekerti mulia. Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:
"Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya."
Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhan.
Artikel dari http://iluvislam.com

April 7, 2011

Happy Birthday


Hello everyone...
What a nice day,nice number,nice morning!!!!!
Emi Wardiah is turn to 3 today!!!!
Emi such an adorable baby,luckiest baby in the world, a very good " kakak "!!!!!!
You always make mumy smile, i never imagine those sweet words came from your mouth,you ease my pain and complete my day!

" Mumy tak sihat?Mumy dah makan ubat?"....
" Emi nak pegi sekolohla mumy,emi nak pakai tudung!"....
" Baguslah kakak ni mumy!Pandai kan kakak?"...
(inila ayat-ayat yang aku dengar hari-hari, xoxoxoxo)

Sometimes I forgot You need my attention dear....
I'm sorry if I lost my temper on you...
I'm sorry if I could not hug and kiss you like before ( baby aira need mumy too much now )...
I am not too perfect for you but i will always be there and comfort you every single time...Happy Birthday to Emi Wardiah,I love you sweet heart!!!

Fresh from oven!...3.8kg
4 months...baru pandai bertiarap
6 months.....
dah mula buat rombongan
Now....
Comel tak saya mumy?

April 5, 2011

Choose the best!

Lesson of the day!Choose the best thing for your own good , don't ever let anyone do it for you!
Please don't say this ..
" Ok,I trust you...I leave it to you and do the best you can!".....
Just a simple word but billion of meaning!Do care every single cents and things when it's all about money!
What a pathetic day!!!!There is no regret and I should blame for myself .....But instead of this,I pleased with you, ALLAH!!!