April 19, 2012

Breast Feeding Journey

Alhamdulilah,alhamdulilah,alhamdulilah......
Syukur ke hadrat ALLAH yang memberikan aku kekuatan dan rezeki yang tidak pernah putus.
Dari hari pertama hingga sekarang aku masih dan akan menyusukan anak aku sehingga 2 tahun.

Kalau mummy -mummy di luar sana perasan,iklan susu tin ni memang gempak gila!!!
Siap promosi kepandaian anak masing-masing disebabkan susu formula.
Tuan-tuan dan Puan - Puan sekalian, susu yang terbaik untuk bayi yang berumur 6 bulan ke bawah adalah susu ibu.Oleh itu, ibu-ibu silalah berusaha untuk buat yang terbaik.

Dari pengalaman aku sendiri, anak sulung aku menyusu dari lahir tetapi campur dengan susu tin disebabkan:

1.  Aku malas!!!Padahal bangun untuk buat susu tin lagi menyeksakan.

2.   Bila berpantang,aku dijaga oleh mumy dan ummi. Jadi kesedaran untuk susu badan adalah berada    
      pada tahap yang sangat minimum.

3.   Masa aku mengandung aku tak menyimpan niat atau cari blog untuk penyusuan susu ibu (ahahahah)

4.   Faktor kawan-kawan.

Kepada ibu-ibu di luar sana sentiasalah memohon rezeki kepadaNYA.
Aku sendiri pun tidak menyangka aku boleh bertahan sampai ke hari ini,hehehe...

pstttt...kenapa kerajaan tak besarkan budjet untuk buat iklan susu ibu yang gempak dalam TV yer??

2 comments:

LilYofDaPond said...

Alhamdulillah.. tahniahh mel. happy happy for you!! hope to follow the same step.

Maymel said...

Tq zu.....don't worry you can do it