August 25, 2012

KK for Raya

KK for raya?Well Yes!!Felt sorry to in laws but it was urgent on 4th Raya dady is warded until now due to 'paru-paru berair'!So here i am...watching him laying down,felt useless as a daughter and waited for the 
recovery soon,Insyaallah!!.... 


* picture taken on the third day ,by now he looks too skinny *

August 15, 2012

Salam AidilFitri

Alhamdulilah, in few days we will celebrate Eid ul-Fitr....
Sadly we will leave the holy month.Month of forgiveness,kindness,blessings and 
giving your love and self more than 100 % to the Al Mighty....
Insyaallah,till we met again holy month!
Dear bloggers, please take care of yourself and family!
" Kepulangan kita adalah untuk dirai, bukan untuk ditangisi "...
**attention to Mr.Dota too...drive slowly,no need to rush!!**
Once again,I would like to wish all of you 

"Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir dan Batin"


August 14, 2012

Ceramah di awal pagi

Sekarang ni aku tengah dengar radio sinar fm via handphone...
Tetamu undangan ialah Dr.Fadzilah Kamsah..Tajuk perbincangan Bagaimana hendak menghadapi lebaran 
yang bermakna?

Nasihat yang aku perolehi :

1. Kepada suami - suami diluar,di kala isteri anda sedang memboyot, tolonglah jaga
    hati isteri anda dengan sebaik-baiknya. Kata Dr.,suami yang suka ada affair dan biar
    hatinya terasa disenangi oleh orang ketiga kerana tidak menjaga solat!
    
    Kepada isteri - Sekiranya masih teringat-ingat dengan kegiatan si suami,
    banyak-banyakkanlah beristighfar,berdoa dan menjaga solat!

2.  Kepada anak-anak - Janganlah kita suka menyalahkan ibubapa dengan keadaan kita.
     Kita yang patut merubah nasib dan keadaan kita kalau sememangnya kita bermula   
     dengan ' 0 '.Hargailah ibubapa yang membantu menjaga anak-anak kita.
     **peringatan untuk diri sendiri**

3.  Selalunya ingat doa 'Ya Aziz, Ya Jabbar,Ya Mutakabbir'....Tujuannya   
     melembutkan hati...Bolehlah dibaca untuk si suami dan anak-anak.

4.  Bergilir-gilirlah balik kampung!Semoga selamat sampai ke destinasi.

August 7, 2012

Berbuka di luar

Hello bloggers....
hm...aku rasa puasa ni asyik nak tidur memanjang....menguap entah berapa kali dalam sejam..
Puasa kali ini juga aku rasa penat....Tapi Alhamdulilah,masih tersimpannya tenaga untuk masak setiap kali bersahur dan berbuka,:)....Melayan karenah anak-anak aku lagi..tapi most of the time, aku banyak duduk, berbaring dan tidur, ahahaha....kalau nak berbuka di luar pun aku dah pesan Mr.Dota supaya keluar rumah jam 6pm...kikiki...budjet untuk berbuka saja jadi takdela aku asyik tengok makanan tu,ahahaha...Tapi,aku akan tutup dapur kalau weekend sebab malas..tapi kena juga masak tengahari sebab anak aku nak makan nasi...
Oleh kerana last weekend SIL in the house,so kerjanya asyik keluar ,shopping dan shopping... Tapi bukan akulah yang shopping sebab aku tak larat nak pergi cari barang....
Okla...aku malas nak taip banyak-banyak ni...

* terpaksa berbuka di tangga disebabkan kami lambat tempah meja *

* budak yang mengantuks sangat tapi lapar,ahahah *