August 14, 2012

Ceramah di awal pagi

Sekarang ni aku tengah dengar radio sinar fm via handphone...
Tetamu undangan ialah Dr.Fadzilah Kamsah..Tajuk perbincangan Bagaimana hendak menghadapi lebaran 
yang bermakna?

Nasihat yang aku perolehi :

1. Kepada suami - suami diluar,di kala isteri anda sedang memboyot, tolonglah jaga
    hati isteri anda dengan sebaik-baiknya. Kata Dr.,suami yang suka ada affair dan biar
    hatinya terasa disenangi oleh orang ketiga kerana tidak menjaga solat!
    
    Kepada isteri - Sekiranya masih teringat-ingat dengan kegiatan si suami,
    banyak-banyakkanlah beristighfar,berdoa dan menjaga solat!

2.  Kepada anak-anak - Janganlah kita suka menyalahkan ibubapa dengan keadaan kita.
     Kita yang patut merubah nasib dan keadaan kita kalau sememangnya kita bermula   
     dengan ' 0 '.Hargailah ibubapa yang membantu menjaga anak-anak kita.
     **peringatan untuk diri sendiri**

3.  Selalunya ingat doa 'Ya Aziz, Ya Jabbar,Ya Mutakabbir'....Tujuannya   
     melembutkan hati...Bolehlah dibaca untuk si suami dan anak-anak.

4.  Bergilir-gilirlah balik kampung!Semoga selamat sampai ke destinasi.

No comments: