August 27, 2014

Sharing is Caring # 01

Alhamdulilah , sempat juga pergi majlis ilmu di office....
Terima Kasih pada pihak yang menganjurkan.
Ok,kawan-kawan jom kita baca apa yang Ustad dari JAIS sampaikan untuk kita sentiasa ingati dan amalkan.

1. Sentiasa berzikir 
2. Jangan memutuskan silaturahim antara manusia.
3. Beri  salam antara sesama manusia tidak kira agama.Paling koman pun,SENYUMLAH!
4. Jangan benci - membenci ( lately,aku perasan aku suka bersangka buruk yang amat!!)
5. Jangan dengki  - mendengki
6. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi ( Jangan suka buat perbandingan):
    - Syukur kerana dijadikan sebagai manusia oleh ALLAH swt
    - Syukur kerana dijadikan Lelaki atau Perempuan oleh ALLAH swt
    - Syukur kerana dijadikan sebagai umat nabi Muhammad SAW
    - Syukur kerana mendapat hidayah dan menganut agama ISLAM
7. Sabar :
    - bersabar dalam beribadah
    - bersabar apabila diduga musibah
    - bersabar untuk isteri pada dunia dan akhirat ( utk mr.hubby,kikiki )
8. Doa ; 
    - supaya dilindungi dari manusia yang suka membuka keaiban orang lain
    - supaya dilindungi daripaa mempunyai harta yang menyebabkan kita menjadi lalai pada ALLAH SWT

Ok,cukup untuk hari ni ye....
Selamat bercuti dan MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA!!!!

No comments: